Kalau korang dah biasa dengan blogger, mesti korang jugak akan biasa dengan Google FriendConnect kan? Alaa yang korang dok follow blog kawan-kawan korang tu. Biasanya hanya blog dari blogspot/blogger saja yang ada ciri-ciri ni. Untuk yang belum tahu, Google FriendConnect ni diwujudkan bagi memudahkan kita tau updates blog yang kita follow. Atau dalam erti kata lain ala-ala subscribe RSS la. Cuma yang bezanya, segala update kita boleh tgk di dashboard blogger itu sendiri. Ini jugak memudah kan korang yang selalu update blog mereka dapat updates kawan-kawan korang. Mungkin ada yang lebih selesa dengan blogger sebab komuniti bloggernya sangat besar al-maklumlah benda free kan kalau nak dibandingkan dengan wordpress (ada jugak wordpress free).
Kekuatan yang ada pada wordpress telah membolehkan pakar-pakar wordpress untuk mencipta plugin Google FriendConnect ni untuk dipasang pada wordpress korang. (Sebab ini la aku beralih kepada wordpress! lebih flexsible). Bagaimana kita nak pasang Google FriendConnect ni ya? haa sini aku cuba sediakan tutorial ringkas cara pemasangan plugin Google FriendConnect ni pada wordpress.
- Kalau korang belum ada akaun Google FriendConnect ni, sila la daftar/setup site dulu. benda free kan? Darftar disini Google FriendConnect.
- Copy site ID korang dulu dari bahagian “site setting” dalam Google FriendConnect ni. Contoh link tu macam ni:
- Site ID tu yang nombor ni –> “04971608044670083686″
- Lepas tu download Plugin ni.
- Unzip file yang korang download tadi tu, dah upload kembali ke blog korang di folder /wp-content/plugins/
- Buka Dashboard korang/ admin korang. dah enable plugin yang baru install tadi.
- p kat “Settings => FriendConnect.” pastu masukkan site ID korang yang korang dapatkan tadi.
- DONE!
http://www.google.com/friendconnect/admin/site/settings?id=04971608044670083686
Aha! Sebelum tu jom edit sikit file comments.php template korang tu. Tujuan ni adalah untuk buatkan followers korang bukan saja hanya follow korang malah boleh komen jugak gunakan akaun Google FriendConnect yang dorg follow tu. jadi sama macam dekat blogger kan? cara-caranya macam ni. bukak file comments.php template korang dan cari (ctrl+f) yang dibawah ni:
if ( get_option('comment_registration') && !$user_ID ) : ?> <p>You must be ....
dan masukkan code dibawah ni betol2 dibawah code atas ni.
<?php if (function_exists('fc_wp_comment_form')) { fc_wp_comment_form(); } ?>
save semua yg korang edit tu. siap.
























