Bakal mertua. fuh perkataan ni menjadi satu perkataan yang sangat ditakuti bagi pasangan2 yang merancang untuk melonjakkan lagi hubungan mereke to the next level. Pertemuan pertama dengan bakal mertua sangatlah penting, korang mesti akan merasa cuak tahap cipan. itulah yang aku rasa. macam2 ada dalam kepala hotak ni, bila dah jumpa dorang tak berkenan mcm mana? kena reject on the spot mcm mana? fuh cuak seh. tapi percayalah itu hanya mainan perasaan je. aku penah lalui ni semua. tapi tak pastilah mereka suka aku atau tidak. korang tolong2 la doakan oke. nak jumpa bakal mertua ni tak perlu takot2. korang kena maintain je cool dan yakin pada diri sendiri. itu dah cukup. jangan rendah diri.
oke. mari aku cuba berikan tips2 ringkas untuk korang dan si dia bersedia sebelom berjumpa bakal mertua masing2. satu ayat yang korang perlu set dalam otak korang adalah “First impression is very important”. haa main dengan impression ni bermakna kita hanya perlu psycho je bakal mertua korang tu(hehehe..klu mama terbaca sila abaikan ye. nak psycho mcm mana? lah korang boleh je ngorat awek korang tu. psycho la tu, takkan bakal mertua pon tak boleh kot.hehehe oke ada faktor2 penting yang korang perlu tahu. faktor2 tu seperti MASA, PAKAIAN, TOPIC PERBUALAN, dan CARA. (ini adalah pendapat aku oke, tak semestinya betol harap paham)
MASA
Nak jumpa tu perlulah kena dengan masanya. korang tak boleh nak buat suprise kat bakal mertua korang tu, silap2 korang yang kena suprise!!(panggg!!!) kan?hehehe masa yang sesuai adalah seperti majlis keramaian, perayaan ke atau lebih senang cakap ada event. haa jangan plak p jumpa masa hari2 biasa, bukan tak boleh tp mcm pelik la tiba2 ja ‘toing’ kat depan mata bakal mertua. haa tak ke pelik dorang? kang silap2 dorang cakap “sapa ni? nak jual karpet ke? kerepek ke?” ha. kan dah salah paham.hahaha
note: aku p jumpa masa nenek sidia masuk hospital. kira oke la kan? bukan takat bakal mertua, datuk nenek, pakcik makcik, kaum kerabat semua jumpa..hu hu hu lagi cuak kot..
PAKAIAN
Pakaian yang sopan akan membuat impression yang elok. kan nak psycho kan?hehe oke jangan pakai pakaian yang ada corak2 pelik, gambar2 pelik. korang paham kot mcm mana yang tak patut tunjuk kt bakal mertua. dah besar kan? jangan la pakai baju mcm orang mintak sedekat, seluar koyak2 tampung ke. kan tak elok tu. kang bakal mertua ckp “mcm ni nak jaga anak aku? kang anak aku jaga dia plak kot” ha kan susah? so pakai la smart2 sket. klu boleh yang laki tu pakai la baju berkolar ke kan? smart woo.
bagi yang pompuan, klu boleh pakai la baju kurung. alah, sekali je kot. masa 1st time tu. baru la bakal mertua cakap “wow wanita melayu terakhir!”hehe klu tak dapat baju kurung pon pakai la yang betol2 sopan dan sedap mata memandang. bukan yang mencolok mata. ye mmg zaman dah maju tapi pakaian janganlah “terlampau” maju.
note: aku pakai baju hitam berkolar(bajet hensem), seluar jeans biru. si dia pon pakai warna yang sama. wah sedondon kan? serius kami tak plan oke. dah sehati sejiwa kan mesti la sama. tak payah plan pon.
TOPIC PERBUALAN
ini la saat paling penting.hu hu hu apa nak dibualkan ye? klu pendiam macam mana? ceh korang dok begayut dengan pasangan korang boleh. tak kan dengan org yang melahirkan dorang pon xleh nak ckp. korang kenalah cuba bersembang. topic2 tu boleh cari. klu tak tahu cuba tanya pasangan korang, apa parent dia buat, minat ke, kampung ke. pastu cuba kaji benda2 tu. study sket. bkn susah pon. klu dah study benda2 yang ada kaitan dgn bakal mertua sure tak de masalah nak bercakap. xde la jadi tunggul je. kira kita tau jugak apa nak di sembangkan. tau sikit2 pon oke, ckap je klu salah,ckp la “betol ke? owh baru tau”hehehe pusing je ayat. psycho kan? klu korang tak suka atau tak sekepala pon isu2 yang bakal mertua suka, cuba la buat2 suka. nak tambat hati kan? kan? haa klu tau sikit2 dah oke la. misalnya korang tak tahu apa2 ttg bakal mertua korang suka tu. cuba la sembang pasal isu semasa ke, cuaca ke suhu ke.hu hu klu pendapat atau kenyataan bakal mertua korang tu korang tak setuju, pastikan korang tak bantah. cool sudah. ya kan je. “angguk” selagi tidak bertentangan dengan agama.
note: aku? haaa ntah la hentam je sembang ngan org. buat mcm kenal.hahaha buat2 tahu. tp kena la kaji2 dulu. fikir sebelom berkata2 oke.
CARA
Cara yang aku maksudkan ni mcm perangai la. jgan la kurang ajar. itu pasti! selalunya yang lelaki tak ada masalah. p bersembang je kan? pada yang perempuan, mungkin ini jadi masalah. klu korang tu pemalas. liat. tp haritu tlong2 la buat2 rajin. kan manis. p dapur ke tlg apa2 yang patut. basuh pinggan selepas makan ke. ha. tunjuk la sikit korang boleh uruskan rumah bila dah berkahwin nnt. baru senang hati bakal mertua korang tu. yang penting tunjukkan yang baik2 dulu. yang tak elok korg buang di luar rumah dulu.hahahaha
note: si dia belom sampai rumah aku lagi. bulan depan kita tgk dia plak..hehehehe
oke situ je kot tips aku kali ni.hu hu hu dah dapat menawan hati bakal mertua, untung2 dapat la jugak diskaun duit hantaran kan? wahahahahahaha

























{ 1 comment… read it below or add one }
erm..
klau ikut yg pnh sy bc b4 ni,1st time dtg umah xperlu kot masuk smpai ke dapur..ble dh 2nd time n seterusnya ok la kot..juz my 2 cents..huhu..